Monday, 28 May 2012

Tanam...taNam...tanaM



Alhamdulillah…udah genap 1 bulan teman di PUSAT INKUBATOR  INST. PERTANIAN SERDANG, SELANGOR ni. Tinggal lagi 7 bulan sebelum tamat kursus USAHAWAN BELIA TANI. Skarang ni teman and the gang udah tanam ROCK MELON  di dua buah rumah FERTIGASI dan CILI KULAI di satu rumah FERTIGASI. Sebuah rumah fertigasi boleh muat lebih kurang 700 – 800 polibeg/pokok…tapi bergantung pada keluasan rumah tersebut…macam rumah fertigasi kat tempat teman ni boleh muat 800 polibeg dan saiz rumah 20 kali 85 kaki…dan terdapat setakat ni 5 rumah jer yg sedang diusahakan dan INSYA ALLAH akan bertambah lagi rumah fertigasi yang akan diusahakan…memang seronok sebab dapat pengalaman baru yaitu mengusahakan tanaman guna rumah fertigasi…kat UPMKB dulu pon tak merasa pengalaman camni…skang ni dapat la tau selok belok mengenai pengurusan tanaman di rumah fertigasi…memang banyak bezanya daripada tanaman terbuka…selain tu teman and the gang ada gak uasahakan tanaman terbuka…tanam sayur sawi, kalian, kangkung dan bayam dan akan datang jagung dan tembikai. INSYA ALLAH lagi dua tiga bulan keluor la hasil pertama kami dan juga pendapatan pertama kami…harap2 semuanya berjalan seperti yg dirancang…AMIIINNN…

kat bawah ni teman selitkan skit gambor2 kat sini...hehee...

tengah siap2kan tapak utk tanam pokok rock melon...

pasang silver shine untuk lapik polibeg...

tengah pasang atap baru untuk ganti atap yang dah lama dan koyak...

tengah sibuk transplant anak pokok rock melon yang udah nak besor...

ni la dianya rupe anak pokok rock melon...

tapak tanaman sayur kangkung, kailan, sawi dan bayam...hasil kena tunggu lagi 2 minggu...


Friday, 4 May 2012

1 mei 2012



Alhamdulillah teman udah pon sampe di INSTITUT LATIHAN PERTANIAN SERDANG, SELANGOR. Teman menginap sementara kat hostel bersma student2 IPS. Rumah sebenar masih dalam renovation dan mngkin hujung bulan baru pindah kot. First time sampe sini agak teruja sebab kat sini sumenya berkenaan dgn teknologi penanaman secara fertigasi…ada yang terbuka dan ada yang tertutup maksud teman kalis serangga. Minggu ni teman still lagi orientasi dan semalam sesi suai kenal ngan bdk2 IPS ni…one by one kena naik pentas perkenalkan diri…perghhh agk gementor dibuatnya…hahaha. So far so good dan start jumaat ni ada sesi pembersihan kawasan rumah fertigasi dan mngkin mggu dpan dah boleh start operasi tanaman ROCK MELON bermula dari semaian biji benih hinggalah peringkat ubah ank pokok dlm polibeg. Selain tu teman gak akan ada buat tanaman terbuka macam jagung dan sayur2an…staf kat sini kata teman dan geng yg len bleh tnam apa saje utk buat duit…so kat sini teman akn di training utk mnjadi seorng USAHAWAN BELIA TANI yg berjaya dan berpengalaman…pape pon ALHAMDULILLAH sebab teman telah diberi peluang dan kesempatan utk join kursus ni dan diharapkan agar teman dpt bertahan selama 8 BULAN kat sini…INSYA ALLAH…amin…^^